425 kes baharu di Filipina

MANILA 30 Nov. – Filipina merekodkan 425 kes baharu Covid-19, menunjukkan penurunan berbanding 665 kes harian yang direkodkan semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 44 kematian direkodkan, juga jumlah yang terus turun berbanding semalam yang merekodkan 141 orang meninggal dunia.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,832,734 manakala kematian pula 48,545 orang.

Sehingga pukul 4 petang ini juga, DoH merekodkan 909 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah 2,768,389 pesakit pulih.

Sementara itu, kes aktif pula berkurangan kepada 15,800 berbanding 16,289 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment