Kes di Malaysia naik sedikit

PUTRAJAYA 30 Nov. – Kes baharu penularan Covid-19 di negara ini meningkat sedikit tetapi masih di paras bawah 5,000 iaitu 4,879 kes seperti dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan 2,632,782 individu dijangkiti virus berkenaan, setakat ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 4,087 kes dan sebelum itu 4,239 (28 Nov.), selepas lima hari merekodkan lebih 5,000 kes harian.

Related posts

Leave a Comment