Kes di India capai 34.5 juta

NEW DELHI 30 Nov. – Angka Covid-19 di India meningkat kepada 34,587,822 pada Selasa, apabila 6,990 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara.

Menurut kenyataan media biro penerangan kerajaan, jumlah kes terbaharu itu adalah yang terendah dalam tempoh 551 hari.

Sebanyak 190 kematian direkodkan sejak pagi Isnin, menambah jumlah kematian kepada 468,980.

Masih terdapat 100,543 kes aktif di negara ini dengan penurunan sebanyak 3,316 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Angka kes aktif India adalah yang terendah dalam 546 hari,” kata kenyataan itu..

Sebanyak 34,018,299 orang pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 10,116 kes sembuh baharu.

Related posts

Leave a Comment