Kanada catat 4 kes Omicron

TORONTO: Kanada mengesahkan negara itu mengesan dua lagi kes Covid-19 varian Omicron, kedua-duanya di Ottawa selepas merekodkan dua kes di Ontario semalam.

Ketua Pegawai Perubatan Kesihatan Wilayah Ontario, Dr. Kieran Moore berkata empat lagi kes kemungkinan berpotensi dikaitkan dengan varian tersebut.

Kedua-dua kes dilaporkan pada individu di Ottawa dengan perjalanan baru-baru ini dari Nigeria.

Menurut Moore, Pejabat Kesihatan Awam Ottawa sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan pengurusan kes dan kontak rapat serta kedua-dua individu sedang dikuarantin.

“Saya ingin meyakinkan orang ramai di Ontaria bahawa kami bersedia untuk bertindak balas terhadap perkara ini atau mana-mana varian baharu yang lain,” katanya.

Moore berkata kedua-dua kes melibatkan individu yang baru-baru ini berada di Nigeria dan pertama kali diuji ketika mereka tiba di Montreal.

Terdapat dua kes lain yang sedang disiasat sebagai kemungkinan kes bagi varian Omicron dan ia berada di kawasan Hamilton.

Related posts

Leave a Comment