Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 30 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught turun kepada 0.95 semalam berbanding 0.96 pada hari sebelumnya.

Empat belas negeri melebihi kadar purata kebangsaan di mana lapan negeri merekodkan kadar 1.00 atau lebih didahului Wilayah Persekutuan Labuan 1.12.

Ini diikuti Perlis 1.03 manakala Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Perak, dan Pahang masing-masing merekodkan 1.00.

Selangor merekodkan 0.99, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.99, Johor 0.98, Sabah 0.96, Kelantan 0.96 dan Terengganu 0.95.

Dua negeri lagi merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan pada kadar 0.92 dan Sarawak 0.78.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment