Thailand rekod peningkatan kes

BANGKOK 30 Okt. – Thailand hari ini merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 9,224 kes baharu iaitu pertambahan sebanyak 256 berbanding 8,968 kes yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah yang meninggal dunia juga meningkat apabila 88 kematian direkodkan berbanding 64 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan Thailand setakat ini adalah 1,903,165 orang manakala kematian pula meningkat kepada 19,158 orang.

Semalam, Jumaat, sebanyak 8,305 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,783,875 orang.

Kes kematian pula melibatkan mereka yang berumur antara 21 hingga 93 tahun dan daripada jumlah itu, 50 melibatkan wanita . Tiga kes melibatkan warga Myanmar.

Bangkok merekodkan 13 kematian di samping Samut Prakan (3), Nonthaburi (3), Pathum Thani (1) dan Nakhon Pathom (1).

Di wilayah Selatan merekodkan 27 kematian iaitu Trang (9), Nakhon Si Thammarat (8), Yala (4), Chumphon (2),  Phuket (2), Narathiwat (1) dan Songkhla (1).

Daripada 9,224 kes baharu, 9,217 kes jangkitan tempatan termasuk 126 banduan dan tujuh kes import.

Bangkok merekodkan 758 kes baharu diikuti 666 di Pattani (666), Nakhon Si Thammarat 554, Songkhla 548, Yala 425, Chiang Mai 414, Chon Buri 340 dan

Narathiwat 290.

Tujuh kes import pula ketibaan dari Uzbekistan, Singapura, Korea Selatan dan Turki dan tiga dari Myanmar.

Sementara itu, sehingga Jumaat, sebanyak 74.7 juta dos vaksin Covid-19 disuntik yang meliputi 41.9 juta dos pertama, 30.4 juta dos kedua dan 2.38 juga dos ketiga.

Sehingga Jumaat juga, 100,132 mendapat rawatan di hospital, termasuk 2,217 pesakit yang teruk dan 496 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment