780 kes varian membimbangkan

KUCHING 30 Okt. – Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengesan 780 kes varian membimbangkan (VOC) daripada 782 kes positif Covid-19 di Sarawak setakat 8 Oktober lalu.

Pengarah institut , Prof Dr David Perera berkata, semua VOC itu adalah daripada varian Delta (B.1.617.2) dan analisis lanjut menunjukkan garis kumpulan Delta yang dominan menular di negeri ini ialah sub-kumpulan AY.23.

Sub-kumpulan varian Delta lain yang dikesan secara sporadik, termasuk AY.24 (masing-masing satu kes di Kuching, Miri dan Sibu), AY.33 (satu kes di Bintulu), AY.34 (satu kes di Samarahan dan dua kes di Bintulu) dan AY.37 (dua kes di Kuching).

Dalam  laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), r Douglas Uggah Embas di sini, hari ini, beliau berkata, sub-kumpulan AY.23 juga adalah kumpulan Delta yang dominan dan sedang aktif merebak serta menyebabkan peningkatan jangkitan kes terkini di Singapura.

“Daripada lebih 3,000 kes positif Covid-19 di negeri ini, sejumlah 1,782 daripadanya adalah kes varian Delta,” katanya.

Related posts

Leave a Comment