Malaysia catat 5,854 kes baharu

PUTRAJAYA 30 Okt. – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan dengan 5,854 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding lebih 6,000 kes selama tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak pandemik bermula adalah sebanyak 2,466,663 kes.

Untuk rekod, kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 6,000 kes ialah pada 26 Oktober lalu, dengan 5,726 kes.

Di samping itu,  sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,832 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Related posts

Leave a Comment