4,008 kes baharu di Filipina

MANILA 30 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 4,008 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,783,896 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 6,887 kes sembuh dilaporkan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,693,162 orang atau 96.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama, 423 lagi individu meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 43,044 orang.

Terdapat 47,690 kes aktif direkodkan berbanding 50,630 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment