Penurunan kes di Thailand

BANGKOK 25 Okt. – Thailand merekodkan 8,675 kes baharu Covid-19 dan 44 kematian menjadikan jumlah keseluruhan setakat hari ini sebanyak 1,859,157 kes dan 18,799 orang meninggal dunia. Jumlah kes jangkitan yang direkodkan menunjukkan penurunan berbanding 9,351 semalam,  9,742 kes (23 Okt.), 9,810 (22 Okt.) dan 9,727 (21 Okt.). Sebanyak 11 kes import juga direkodkan manakala 8,664 lagi adalah kes penularan tempatan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Bangkok merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 903 kes diikuti Pattani 618, Songkhla 586, Nakhon Si Thammarat 582 dan Chiang Mai dan Narathiwat…

Read More

Kes harian turun di Malaysia

PUTRAJAYA 25 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 terus mencatat penurunan apabila 4,782 kes baharu direkodkan, angka terendah yang dicatatkan dalam tempoh 125 hari, iaitu sejak 22 Jun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 2,436,498 kes sejak dikesan pada awal Januari tahun lalu. Katanya, sebanyak 4,575 kes penularan tempatan membabitkan warganegara (96.0 peratus) dan 192 bukan warganegara (4.0 peratus), manakala 13 daripada 15 kes import ialah rakyat Malaysia dan dua lagi warga asing. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi…

Read More

460 kes, Indonesia catat penurunan

JAKARTA 25 Okt. – Indonesia terus merekodkan penurunan kes baharu Covid-19  dengan merekodkan 460 kes berbanding 623 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,240,479 dengan 13,554.kes aktif. Jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan 1,236 kes sembuh baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,083,690 orang. Bagi kes kematian sebanyak 30 kes direkodkan dengan jumlah keseluruhan 143,235 kes. Jawa Tengah merekodkan kematian tertinggi iaitu 10 kes dan kumulatifnya 30,094 diikuti Jawa Timur tujuh kes (29,590), Jawa Barat dua kes (14,684), Kalimantan Timur dua kes (5,447) dan Jakarta satu dan kumulatifnya 13.577 kes. Bagi…

Read More

4,405 kes baharu Filipina

MANILA 25 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,405 kes baharu Covid-19 hari ini, penurunan kes harian berbanding 7,312 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,761,307 kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 41,942 orang termasuk 149 yang meninggal dunia hari ini. Sementara itu, sebanyak 7,561 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,661,602 atau 96.4 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 57,763 yang menunjukkan penurunan berbanding 60,957 yang direkodkan semalam.

Read More

Trend penurunan kes di Malaysia

PUTRAJAYA 25 Okt. – Malaysia menunjukkan trend penurunan kes Covid-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34, seperti kebanyakan negara Asia Tenggara lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, Singapura dan Brunei menunjukkan trend peningkatan dengan mencatat kadar kes bagi setiap sejuta penduduk yang lebih tinggi, berbanding Malaysia (180.91 kes) iaitu pada kadar 584.86 kes (Singapura) dan 499.88 kes (Brunei). Beliau berkata walaupun Malaysia menunjukkan penurunan kes, prosedur operasi standard (SOP) perlu terus diamalkan bagi mengelakkan peningkatan kes seperti negara jiran, selepas pembukaan sektor pendidikan dan ekonomi. Katanya, berdasarkan indikator…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.88

PUTRAJAYA 25 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat sedikit kepada 0.88 semalam (Ahad) berbanding 0.87 pada hari sebelumnya. Bagaimanapun tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan 1.00. Ini diikuti Putrajaya 0.97, Melaka 0.97, Selangor 0.95, Sabah 0.92, Kedah 0.90 dan Johor menyamai purata kebangsaan 0.88. Tujuh negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu, Kelantan 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.83, Pahang 0.82, Perak 0.81, Sarawak 0.81 dan Perlis 0.81. Labuan merekodkan tujuh kes baharu. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah…

Read More

3,383 kes, 15 kematian di Singapura

SINGAPURA 25 Okt. –  Singapura melaporkan 3,383 kes baharu Covid-19 serta 15 orang meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan virus itu setakat tengah hari semalam. Kes kematian itu melibatkan lapan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 58 dengan 100 tahun, lapan belum divaksin, seorang menerima satu dos manakala baki enam sudah lengkap divaksin. Kesemuanya mempunyai pelbagai masalah kesihatan lain. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 172,644 dengan 315 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes yang dilaporkan semalam merosot sedikit berbanding 3,598 kes yang dilaporkan pada Sabtu…

Read More