460 kes, Indonesia catat penurunan

JAKARTA 25 Okt. – Indonesia terus merekodkan penurunan kes baharu Covid-19  dengan merekodkan 460 kes berbanding 623 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,240,479 dengan 13,554.kes aktif.

Jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan 1,236 kes sembuh baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,083,690 orang.

Bagi kes kematian sebanyak 30 kes direkodkan dengan jumlah keseluruhan 143,235 kes.

Jawa Tengah merekodkan kematian tertinggi iaitu 10 kes dan kumulatifnya 30,094 diikuti Jawa Timur tujuh kes (29,590), Jawa Barat dua kes (14,684), Kalimantan Timur dua kes (5,447) dan Jakarta satu dan kumulatifnya 13.577 kes.

Bagi kes positif harian, lima wilayah yang merekodkan angka tertinggi adalah Jakarta sebanyak 82 kes dan kumulatifnya 860,962, diikuti Jawa Barat 68 (705,156), Jawa Tengah 44 (484,621), Jawa Timur 35 (397,864) dan Kalimantan Utara 26 (35,715).

Lima provinsi yang menambah pesakit sembuh tertinggi adalah Jakarta sebanyak 166 orang dan kumulatifnya 846,321, diikuti Jawa Barat 163 (689,285), Kalimantan Utara 149 (33,965), Jawa Tengah 113 (452,614) serta Jawa Timur 69 (367,747)

Sementara itu bagi program vaksinasi, penerima dos pertama bertambah sebanyak 391,611 orang dengan jumlahnya melebihi 113 juta iaitu 113,424,379 orang manakala  348,569 lagi menerima vaksinasi kedua dengan jumlahnya meningkat kepada 68,264,009 orang.

Related posts

Leave a Comment