Penurunan kes di Thailand

BANGKOK 25 Okt. – Thailand merekodkan 8,675 kes baharu Covid-19 dan 44 kematian menjadikan jumlah keseluruhan setakat hari ini sebanyak 1,859,157 kes dan 18,799 orang meninggal dunia.

Jumlah kes jangkitan yang direkodkan menunjukkan penurunan berbanding 9,351 semalam,  9,742 kes (23 Okt.), 9,810 (22 Okt.) dan 9,727 (21 Okt.).

Sebanyak 11 kes import juga direkodkan manakala 8,664 lagi adalah kes penularan tempatan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Bangkok merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 903 kes diikuti Pattani 618, Songkhla 586, Nakhon Si Thammarat 582 dan Chiang Mai dan Narathiwat masing-masing 352.

Sebelas kes import pula melibatkan empat dari Kemboja, tiga dari Rusia, dua dari Denmark dan masing-masing satu dari Myanmar dan Malaysia.

Kes kematian harian tertinggi adalah di Nakhon Si Thammarat (6], Bangkok (5), Samut Prakan (4), dan masing-masing tiga kes di Yala, Chaiyaphum dan Ayutthaya.

Berikutan kes jangkitan tinggi di selatan, vaksinasi akan dipertingkatkan di kawasan berkenaan.

Related posts

Leave a Comment