3,383 kes, 15 kematian di Singapura

SINGAPURA 25 Okt. –  Singapura melaporkan 3,383 kes baharu Covid-19 serta 15 orang meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan virus itu setakat tengah hari semalam.

Kes kematian itu melibatkan lapan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 58 dengan 100 tahun, lapan belum divaksin, seorang menerima satu dos manakala baki enam sudah lengkap divaksin. Kesemuanya mempunyai pelbagai masalah kesihatan lain.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 172,644 dengan 315 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah kes yang dilaporkan semalam merosot sedikit berbanding 3,598 kes yang dilaporkan pada Sabtu 23 Oktober.

Terdapat, 3,375 jangkitan tempatan secara keseluruhan, terdiri daripada 2,708 kes dalam masyarakat dan 667 di dormitori pekerja asing serta lapan kes import.

Kadar pertumbuhan kes jangkitan mingguan adalah 1.14 setakat Ahad, merujuk kepada nisbah jangkitan masyarakat sepanjang minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Menurut MoH, dalam kalangan yang dirujuk atau dimasukkan ke hospital, 17,862 pesakit atau 70.4 peratus daripadanya sedang menjalani pemulihan di rumah, 4,817 dirawat di kemudahan penjagaan masyarakat dan 961 di kemudahan rawatan Covid-19.

Sebanyak 1,738 pesakit dimasukkan ke hospital, sebahagian besar bagi pemantauan.

Terdapat 97 pesakit tidak stabil di unit rawatan rapi dan di bawah pemantauan bagi mengelakkan keadaan daripada bertambah teruk sementara 58 pesakit dalam keadaan kritikal.

Sebanyak 3,369 kes sembuh dibenarkan pulang pada Ahad, di mana 502 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment