4,405 kes baharu Filipina

MANILA 25 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,405 kes baharu Covid-19 hari ini, penurunan kes harian berbanding 7,312 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,761,307 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 41,942 orang termasuk 149 yang meninggal dunia hari ini.

Sementara itu, sebanyak 7,561 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,661,602 atau 96.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula 57,763 yang menunjukkan penurunan berbanding 60,957 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment