229 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 23 Okt. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 229 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 11,901 kes. Satu kematian juga dilaporkan melibatkan seorang wanita berusia 72 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, terdapat 53 kes tambahan baharu pada 14 kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.  Sementara itu, terdapat dua kluster baharu dikesan, kluster kediaman yang melibatkan 13 kes. Sebanyak lima kluster ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam…

Read More

Singapura letak Malaysia kategori III

SINGAPURA 23 Okt. – Malaysia disenaraikan Singapura di bawah Kategori III berbanding Kategori IV sebelum ini, selepas republik itu mengadakan semakan berkala mengenai situasi Covid-19. Di bawan kategori itu, semua pengembara dari Malaysia perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau kediaman yang diisytiharkan dalam Notis Tinggal di Rumah (SHN) di Singapura bermula 27 Oktober 2021. Menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai Covid-19 hari ini, peraturan ke atas pengunjung dari Malaysia itu serta ahli keluarga mereka dibuat secara menyeluruh tidak mengira status vaksin dan sejarah perjalanan mereka, Selain Malaysia,…

Read More

Kelonggaran berdasar jangkitan

SINGAPURA 23 Okt. – Singapura akan melonggarkan beberapa peraturan seperti membenarkan isi rumah yang tinggal sebumbung makan bersama di luar jika kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun di bawah 1. Pengerusi bersama jawatankuasa bertindak berbilang kementerian (MTF) Lawrence Wong berkata, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan merujuk kepada nisbah kes Covid-19 dalam masyarakat sepanjang seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Nisbah sebelum ini ialah 1.5, yang menunjukkan bahawa kes meningkat seganda setiap minggu. Ia kini jatuh kepada “lebih sedikit daripada 1″l Ini bermakna kes masih meningkat tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Tetapi oleh…

Read More

23.5 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 23 Okt. – Sebanyak 72.2 peratus atau 23,565,799 penduduk di negara ini telah lengkap vaksinasi, manakala 1,778,402 atau 5.4 peratus belum lengkap dan tiada vaksinasi seramai 508,102 atau 23 peratus. Setakat ini, 48,831,214 dos suntikan sudah diberikan dalam program vaksinasi, manakala bagi dos penggalak pula, sebanyak 84,941 dos suntikan. Sementara itu kadar vaksinasi Covid-19 di Kelantan dan Sabah adalah yang paling rendah dengan jumlah penduduk lengkap menerima pelalian berkenaan setakat ini, masing-masing direkodkan hanya pada 55.5 dan 55.9 peratus. Menurut laman web COVIDNOW, setakat semalam, hanya dua negeri itu…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 23 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini meningkat sedikit kepada 0.87 semalam selepas mencatatkan kadar 0.86 selama dua hari berturut-turut. Bagaimanapun , tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.02. Ini diikuti Negeri Sembilan 0.98,  Putrajaya 0.95, Melaka 0.94, Selangor 0.93, Sabah 0.91 dan Kelantan 0.87. Lapan negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.86, Terengganu 0.86, Kedah 0.86, Pulau Pinang 0.84, Perak 0.82, Pahang 0.81, Sarawak 0.82 dan Perlis 0.75. Labuan merekodkan…

Read More

Kemas kini definisi ‘lengkap vaksinasi’

ATLANTA: Definisi lengkap divaksinasi masih terpakai kepada individu lengkap dua dos untuk vaksin Pfizer dan Moderna, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Rochelle Walensky. Katanya, terdapat keperluan untuk mengemas kini definisi ‘lengkap vaksinasi’ berikutan sebilangan besar individu mulai menerima suntikan dos ketiga atau penggalak. Ketika ini, belum ada kelayakan untuk dos penggalak kepada semua individu tetapi katanya, “Jika anda layak mendapat dos penggalak, teruskan, dapatkannya,” Menurut Walensky, 93 peratus kawasan di AS masih mencatat penularan dalam komuniti yang tinggi atau sederhana dengan jumlah individu…

Read More

3,637 kes, 14 kematian di Singapura

SINGAPURA 23 Okt. – Singapura melaporkan 3,637 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam dengan 14 kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan 165,663 kes serta 294 meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, kes kematian melibatkan tujuh lelaki dan tujuh wanita termasuk seorang pesakit berusia 41 tahun yang sudahpun divaksin tetapi lemah imun dan menghidap penyakit paru-paru yang teruk. Sebanyak 13 lagi pesakit yang meninggal dunia berusia antara 59 dengan 97 tahun. Tujuh daripada mereka belum divaksin, seorang belum lengkap divaksin,  lima sudah divaksin sepenuhnya manakala kesemuanya menghidap penyakit lain. Manakala bagi kes…

Read More

78 kematian termasuk 17 BID

PUTRAJAYA 23 Okt. – Kes kematian harian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini kekal bawah 100 apabila 78 kes direkodkan semalam termasuk 17 membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought-in-dead (BID). Data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW menunjukkan, setakat semalam, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 28,312 atau kira-kira 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,408,431 kes positif di Malaysia. Jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,718, iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kematian akibat Covid-19. Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) terus mencatat penurunan…

Read More