229 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 23 Okt. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 229 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 11,901 kes.

Satu kematian juga dilaporkan melibatkan seorang wanita berusia 72 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, terdapat 53 kes tambahan baharu pada 14 kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.

 Sementara itu, terdapat dua kluster baharu dikesan, kluster kediaman yang melibatkan 13 kes.

Sebanyak lima kluster ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah kluster aktif 167.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Manila melalui Singapura menggunakan pesawat Singapore Airlines SQ 146 pada 10 Oktober lalu.

Terdapat 162 kes baharu, yang masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Sebanyak 277 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 9,368 kes manakala kes aktif pula 2,452.

Sementara itu, dalam kalangan kes di Pusat Pengasingan Kebangsaan, enam kes dalam kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan tiga daripadanya juga memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ExtraCorporeal Membrane Oxygenation – ECMO).

Related posts

Leave a Comment