Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 23 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini meningkat sedikit kepada 0.87 semalam selepas mencatatkan kadar 0.86 selama dua hari berturut-turut.

Bagaimanapun , tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.02.

Ini diikuti Negeri Sembilan 0.98,  Putrajaya 0.95, Melaka 0.94, Selangor 0.93, Sabah 0.91 dan Kelantan 0.87.

Lapan negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.86, Terengganu 0.86, Kedah 0.86, Pulau Pinang 0.84, Perak 0.82, Pahang 0.81, Sarawak 0.82 dan Perlis 0.75.

Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment