3,637 kes, 14 kematian di Singapura

SINGAPURA 23 Okt. – Singapura melaporkan 3,637 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam dengan 14 kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan 165,663 kes serta 294 meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes kematian melibatkan tujuh lelaki dan tujuh wanita termasuk seorang pesakit berusia 41 tahun yang sudahpun divaksin tetapi lemah imun dan menghidap penyakit paru-paru yang teruk.

Sebanyak 13 lagi pesakit yang meninggal dunia berusia antara 59 dengan 97 tahun. Tujuh daripada mereka belum divaksin, seorang belum lengkap divaksin,  lima sudah divaksin sepenuhnya manakala kesemuanya menghidap penyakit lain.

Manakala bagi kes jangkitan, daripada keseluruhan kes harian, sebanyak 3,631 kes adalah jangkitan tempatan, iaitu 3,039 kes dalam masyarakat dan 592 di dormitori pekerja asing serta enam kes import.

Related posts

Leave a Comment