94.2 peratus lengkap dua dos

PUTRAJAYA 21 Okt. – Sebanyak 71.2 peratus atau 23,265,448 individu daripada populasi keseluruhan negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat ini manakala 77.4 peratus atau 25,285,399 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagi populasi dewasa, seramai 22,047,448 individu atau 94.2 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Sebanyak 97.3 peratus atau 22,775,864 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.6 peratus diikuti Labuan 101.3 peratus, Negeri Sembilan 100.8 peratus, Pulau Pinang 97 peratus, Perlis 96.3 peratus, Johor 95.2 peratus, Melaka 91.5 peratus, Sarawak 90.8 peratus dan Terengganu 90.5.

Ini diikuti Kedah 85.5 peratus, Perak 84.9 peratus dan Pahang 83.8 peratus manakala Sabah 71.3 peratus diikuti Kelantan 77.1 peratus.

Selain itu, seramai 1,218,000 atau 38.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, pertambahan 256,497 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48,437,608 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment