6,210 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Okt. – Sebanyak 6,210 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes akibat virus itu meningkat kepada 2,413,592 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada 6,210 kes yang dicatatkan, hanya 116 kes atau 1.9 peratus adalah dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala baki 6,094 kes atau 98.1 peratus adalah Kategori Satu dan Dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan. “Daripada jumlah kes baru itu, sebanyak 6,168 adalah penularan tempatan manakala 42 lagi adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19.…

Read More

Makan ramai-ramai cetus kluster

KOTA KINABALU 21 Okt. – Satu kluster baharu – Kluster Kampung Bawan dikesan hasil aktiviti berkumpul dan makan beramai-ramai di rumah berkaitan tempat kerja yang membabitkan klinik kerajaan. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata kluster di daerah Beaufort itu membabitkan jangkitan di rumah keluarga kes indeks di Kampung Bawan, seminggu sebelum dikesan positif. Kes indeks adalah petugas kesihatan, iaitu lelaki berusia 31 tahun dan tinggal di kuarters kerajaan bersama rakan apabila bertugas atas panggilan. Beliau disahkan positif pada 7 Oktober di Klinik Kesihatan Membakut, selepas demam dan batuk…

Read More

Guru tolak vaksin beri pelbagai alasan

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Seramai 1,993 guru yang menolak vaksinasi memberi alasan termasuk tidak percaya pelalian itu, isu menyentuh agama, pasangan tidak membenarkan pengambilan vaksin serta masih belum bersedia. Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, jumlah itu merangkumi 2,753 guru yang menolak untuk menerima vaksin setakat semalam. Beliau berkata, jumlah selebihnya iaitu 760 guru lagi tidak dapat menerima pelalian itu kerana mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, mengalami alahan, mengandung atau menyusukan anak, merancang kehamilan dan bekas pesakit Covid-19. Sehubungan itu, bagi meningkatkan kadar vaksinasi guru yang enggan divaksin…

Read More

Kebebasan bukan milik antivaksin

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Dewan Negara hari ini diberitahu, Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin Covid-19. Menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di sini hari ini, beliau berkata terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan iaitu mereka yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan mereka yang enggan menerima vaksin. “Dimaksudkan di sini bukan kita…kerajaan yang menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya…

Read More

India capai 1 bilion dos

NEW DELHI 21 Okt. – India telah memberikan 1 bilion dos vaksin Covid-19 setakat hari ini. Kira-kira 75 peratus penduduk dewasa India yang layak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sementara 30 peratus pula sudah lengkap divaksin. Sementara itu, pertambahan kes Covid-19 di India kian merosot kebelakangan ini. Keadaannya jauh berbeza daripada awal tahun ini apabila beratus ribu penduduk India dijangkiti Covid-19 setiap hari. Penularan tersebut dipacu oleh varian Delta yang pertama kali dikesan di India tahun lalu. India melaporkan lebih 14,000 kes baharu semalam. Negara itu merekodkan jumlah keseluruhan…

Read More

Tolak desakan kembalikan sekatan

KETIKA wujud kebimbangan berlaku peningkatan kes Covid-19 menjelang musim sejuk, Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid menolak desakan pakar perubatan untuk mengembalikan sekatan bagi mengekang kes jangkitan. Sebaliknya, beliau menekankan, rakyat perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kekal berjaga-jaga. Bagaimanapun Javid memberi amaran, sekatan hanya akan dikembalikan jika rakyat enggan divaksin. “Kita tidak boleh bersikap lewa apabila Covid-19 kekal menjadi ancaman. Sejak program vaksinasi bermula musim sejuk lepas, kita seperti dalam satu perlumbaan, perlumbaan antara vaksin dan virus. “Dan walaupun kita menang ketika ini, jaraknya semakin mengecil.…

Read More

Perubahan tarikh dua hari raya

SINGAPURA 21 Okt. – Tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi tahun 2022 seperti yang diumumkan pada April lalu oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini diubah. Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 3 Mei manakala Aidiladha pada 10 Julai bukan lagi 2 Mei dan 9 Julai yang diumumkan sebelum ini. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS),  tarikh itu disemak semula berdasarkan imkanur rukyah yang kriterianya disemak semula. Imkanur rukyah adalah tradisi menentukan awal bulan Islam dengan cara mencerap hilal (anak bulan). “Badan penguasa Islam tertinggi Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia…

Read More

3,862 kes, 18 kematian di Singapura

SINGAPURA 21 Okt. – Selepas merekodkan hampir 4,000 kes harian Covid-19 pada Selasa, Singapura semalam melaporkan 3,862 kes baharu dan 18 lagi kematian disebabkan komplikasi virus itu. Sebanyak 3,851 merupakan jangkitan tempatan yang terdiri daripada 3,221 kes dalam masyarakat,  630 kes di asrama pekerja asing manakala 11 lagi adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan 158,587. Pada Selasa, Singapura merekodkan 3,994 kes yang disifatkan Kementerian Kesihatan (MoH) sebagai “lonjakan biasa menyusuli hujung minggu”. Menurut MoH, kes-kes kematian terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita berusia antara 55 dengan 96 tahun di…

Read More

Fasa Penstabilan hingga 21 Nov.

SINGAPURA 19 Okt. –  Fasa Penstabilan selama sebulan dilanjutkan shingga 21 November kerana lebih banyak masa diperlukan bagi menstabilkan tekanan yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan. Menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai Covid-19 , Singapura sebelum ini berada di bawah Fasa Penstabilan sejak 27 September lepas dan dijadual berakhir pada 25 Oktober  bagi memperlahankan kadar penularan virus dan melindungi sistem penjagaan kesihatan. Pengerusi bersama MTF, Lawrence Wong pada sidang media maya semalam berkongsi mengenai apa yang dilalui sistem penjagaan kesihatan Singapura ketika ini. Beliau berkata hampir 90 peratus katil pengasingan di…

Read More

Akta tutup laman promo ‘ubat penawar’

SINGAPURA 21 Okt. – Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) mungkin digunakan bagi menutup laman-laman yang menggalak penggunaan ubat antiparasit ivermectin sebagai penawar Covid-19. Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menegaskan, bahawa ivermectin bukan ubat yang sesuai untuk merawat penyakit itu. “Di MoH, para pakar perubatan sangat jelas bahawa ivermectin tidak sesuai digunakan untuk merawat koronavirus,” katanya pada media semalam. Beliau berkata, apa sahaja yang digunakan dalam makmal untuk membunuh koronavirus adalah pada dos yang terlalu tinggi untuk digunakan oleh manusia dengan selamat . Ong mengeluarkan kenyataan itu…

Read More