Akta tutup laman promo ‘ubat penawar’

SINGAPURA 21 Okt. – Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) mungkin digunakan bagi menutup laman-laman yang menggalak penggunaan ubat antiparasit ivermectin sebagai penawar Covid-19.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menegaskan, bahawa ivermectin bukan ubat yang sesuai untuk merawat penyakit itu.

“Di MoH, para pakar perubatan sangat jelas bahawa ivermectin tidak sesuai digunakan untuk merawat koronavirus,” katanya pada media semalam.

Beliau berkata, apa sahaja yang digunakan dalam makmal untuk membunuh koronavirus adalah pada dos yang terlalu tinggi untuk digunakan oleh manusia dengan selamat .

Ong mengeluarkan kenyataan itu setelah Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mematahkan lima percubaan untuk mengimport secara haram ubat-ubatan itu ke Singapura antara 10 September dengan 6 Oktober, dengan lebih 23,000 pil ivermectin dirampas.

Pada awal bulan ini, seorang wanita berusia 65 tahun dimasukkan ke hospital setelah menggunakan ubat ivermectin.

Susulan kes itu, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan kenyataan di lamannya yang menyatakan bahawa ivermectin bukan ubat antivirus dan kegunaannya tidak diluluskan sebagai ubat pencegah atau untuk merawat Covit-19.

Menurut HSA, penggunaan ubat itu boleh memudaratkan diri sendiri dan ia boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut dan kecederaan pada ginjal (hepatitits).

Ivermectin juga boleh menjejas ubat-ubat lain seperti ubat pencair darah.

Related posts

Leave a Comment