India capai 1 bilion dos

NEW DELHI 21 Okt. – India telah memberikan 1 bilion dos vaksin Covid-19 setakat hari ini.

Kira-kira 75 peratus penduduk dewasa India yang layak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sementara 30 peratus pula sudah lengkap divaksin.

Sementara itu, pertambahan kes Covid-19 di India kian merosot kebelakangan ini.

Keadaannya jauh berbeza daripada awal tahun ini apabila beratus ribu penduduk India dijangkiti Covid-19 setiap hari.

Penularan tersebut dipacu oleh varian Delta yang pertama kali dikesan di India tahun lalu.

India melaporkan lebih 14,000 kes baharu semalam.

Negara itu merekodkan jumlah keseluruhan 34 juta kes termasuk lebih 450,000 kematian. 

Sementara itu India menyambut kejayaan itu dengan Menteri Kesihatan Mansukh Mandaviya akan melancarkan lagu dan filem audio-visual di Red Fort era Mughal di New Delhi.

Beliau juga merayu mereka yang belum divaksinasi mendapatkan segera vaksin.

Related posts

Leave a Comment