3,862 kes, 18 kematian di Singapura

SINGAPURA 21 Okt. – Selepas merekodkan hampir 4,000 kes harian Covid-19 pada Selasa, Singapura semalam melaporkan 3,862 kes baharu dan 18 lagi kematian disebabkan komplikasi virus itu.

Sebanyak 3,851 merupakan jangkitan tempatan yang terdiri daripada 3,221 kes dalam masyarakat,  630 kes di asrama pekerja asing manakala 11 lagi adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan 158,587.

Pada Selasa, Singapura merekodkan 3,994 kes yang disifatkan Kementerian Kesihatan (MoH) sebagai “lonjakan biasa menyusuli hujung minggu”.

Menurut MoH, kes-kes kematian terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita berusia antara 55 dengan 96 tahun di mana daripada mereka belum divaksin terhadap Covid-19, seorang belum lengkap divaksin dan sembilan pula divaksin sepenuhnya.

Tujuh belas daripada kes kematian itu mengalami pelbagai penyakit lain. Satu kes yang belum divaksin tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang diketahui.

Ini membawa angka kematian akibat koronavirus di Singapura kepada 264.

Sebanyak 3,941 sedang dirawat di kemudahan jagaan masyarakat dan 887 di kemudahan rawatan Covid-19.

Baki 1,718 pesakit dimasukkan ke hospital, sebahagian besarnya untuk dipantau.

Dalam kalangan mereka, 337 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 67 diletakkan di unit jagaan rapi (ICU).

Menurut MoH, sepanjang 28 hari yang lalu, daripada 77,040 pesakit yang dijangkiti, satu peratus memerlukan bantuan pernafasan dan 0.1 peratus di ICU.

Dalam kalangan mereka yang memerlukan bantuan pernafasan atau dirawat di ICU, 47.6 peratus sudah divaksin sepenuhnya dan 52.4 peratus belum divaksin atau belum lengkap divaksin.

Related posts

Leave a Comment