Fasa Penstabilan hingga 21 Nov.

SINGAPURA 19 Okt. –  Fasa Penstabilan selama sebulan dilanjutkan shingga 21 November kerana lebih banyak masa diperlukan bagi menstabilkan tekanan yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan.

Menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai Covid-19 , Singapura sebelum ini berada di bawah Fasa Penstabilan sejak 27 September lepas dan dijadual berakhir pada 25 Oktober  bagi memperlahankan kadar penularan virus dan melindungi sistem penjagaan kesihatan.

Pengerusi bersama MTF, Lawrence Wong pada sidang media maya semalam berkongsi mengenai apa yang dilalui sistem penjagaan kesihatan Singapura ketika ini.

Beliau berkata hampir 90 peratus katil pengasingan di hospital Singapura sudah penuh manakala lebih dua pertiga katil unit rawatan rapi (ICU) telah digunakan.

“Kami berusaha untuk menambah kapasiti, tetapi ia bukan hanya masalah katil tambahan atau membeli peralatan baharu. Petugas kesihatan semakin terbeban dan kepenatan.

“Sementara kami berusaha untuk memperkuat pasukan itu, ia mengambil masa. Pada situasi sekarang kami menghadapi risiko sistem kesihatan yang semakin tertekan,” katanya.

Menurut MTF buat masa ini terdapat sekitar 1,650 katil pengasingan dan 200 katil ICU di hospital awam.

Sehingga 19 Okt, Singapura mengesan sejumlah 3,994 kes baharu COVID-19 dengan 3,480 jangkitan komuniti, 501 di asrama pekerja migran dan 13 kes import.

Kementerian Kesihatan republik itu mengaitkan situasi itu dengan “lonjakan kes selepas hujung minggu.”

Related posts

Leave a Comment