6,210 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Okt. – Sebanyak 6,210 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes akibat virus itu meningkat kepada 2,413,592 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 6,210 kes yang dicatatkan, hanya 116 kes atau 1.9 peratus adalah dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala baki 6,094 kes atau 98.1 peratus adalah Kategori Satu dan Dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Daripada jumlah kes baru itu, sebanyak 6,168 adalah penularan tempatan manakala 42 lagi adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 677 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 319 memerlukan bantuan pernafasan. 

Enam kluster baharu dikenal pasti, melibatkan tiga kluster masyarakat, dua kluster tempat kerja dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Sebanyak 145,258 saringan COVID-19 dilakukan ke atas individu, dengan kadar positif adalah 4.28 peratus.

Related posts

Leave a Comment