13,273 kes baharu Filipina

MANILA 3 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 13,273 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,593,399. Setakat pukul 8.30 malam ini, DoH juga merekodkan 112 lagi individu meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 38,768 kematian. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 45,249 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 2,442,623 orang pulih atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu kes aktif adalah 112,008 berbanding 144,061 yang direkodkan semalam.

Read More

Rentas negeri seluruh negara

PUTRAJAYA 3 Okt. – Penetapan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat adalah bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan ia akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi. “Dulu ada janji 80 peratus boleh rentas negeri, kenapa tiba-tiba jadi 90 peratus? Kita lihat apabila 80 peratus, banyak negeri yang peratusannya masih kecil. “Kalau kita buka seluruh Malaysia kita tidak mahu tinggalkan negeri yang masih kecil peratusan vaksin,” katanya pada…

Read More

Penurunan kes di Thailand

BANGKOK 3 Okt. – Thailand merekodkan penurunan kes dan kematian hari ini apabila merekodkan 10,828 kes dan 77 individu meninggal dunia berbanding semalam 13,127 kes dan 87 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 10,724 kes dalam kalangan orang awam termasuk 14 kes import manakala 104 dalam kalangan banduan. Kes kematian hari ini adalah yang kedua di bawah 100 kes sejak 26 Julai lalu selepas pertama kali merekodkan 87 kematian semalam. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan, Bangkok mencatatkan 20 kematian dan 1,211 kes. Walaupun jumlah kes merosot sejak dua hari…

Read More

Selangor catat 1,000 kes harian

PUTRAJAYA: Selepas lebih dua bulan merekodkan lima digit jangkitan Covid-19, Malaysia kembali mencatat angka harian bawah 10,000 apabila 9,066 kes baharu dilaporkan, hari ini. Pada masa yang sama, hanya dua negeri merekodkan empat digit manakala Selangor yang sering mencatatkan jumlah tertinggi merekodkan 1,000 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi  ringkasan data harian melalui media sosial turut memaklumkan, jumlah kumulatif negara kini mencecah 2,277,565 kes. Dua negeri yang mencatat empat digit jangkitan baharu, iaitu Sarawak dengan 1,418 kes dan Selangor (1,000), manakala Labuan merekodkan angka sifar, hari…

Read More

Hanya tinggal 3 peratus

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Hanya tiga peratus lagi diperlukan bagi membolehkan perjalanan rentas negeri dibuka semula, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Perkara itu disahkan Khairy di laman Twitternya yang turut menyeru semua pihak bekerjasama bagi memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya. “Selain SOP sedia ada (pelitup muka, penjarakan fizikal dan kebersihan kendiri) ini adalah pendekatan paling penting untuk kita ‘hidup bersama Covid-19’. “Tinggal tiga peratus lagi individu dewasa perlu divaksin lengkap sebelum sempadan negeri dibuka. Keadaan akan bertambah buruk jika kita leka,” katanya hari ini.

Read More

Usah terlalu bimbang, takut

SINGAPURA 3 Okt. – Tidak seharusnya “terlalu terbawa-bawa” atau “bimbang dan takut” tentang jumlah kes harian Covid-19 di Singapura, demikian pandangan pengerusi bersama jawatankuasa bertindak berbilang kementerian, Lawrence Wong. Bercakap pada sidang media jawatankuasa bertindak berbilang kementerian semalam, beliau menyentuh tentang dua reaksi berbeza ketika bilangan kes harian semakin meningkat. Katanya, salah satu golongan berkata “Lihat, ia amat tinggi, ayuh segera laksanakan perintah berkurung dan cuba mengurangkan jumlah kes’ dan satu lagi golongan pula berkata, ‘Ini memang sudah dijangkakan, sedang kita berbincang tentang hidup dengan Covid-19, kita perlu teruskan usaha…

Read More

Singapura lepasi 100,000 kes

SINGAPURA 3 Okt. – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura mencecah 100,000 kes semalam apabila 2,356 lagi kes baharu direkodkan setakat 12 tengah hari semalam yang membawa kepada 101,786 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), empat lagi kematian akibat komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan 107 orang. Keempat-empat kes adalah rakyat Singapura yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki yang berusia antara 55 dengan 80 tahun, kesemuanya tidak divaksin dan mengalami pelbagai masalah kesihatan . Dalam kalangan kes baharu itu, 2,350 adalah kes-kes jangkitan tempatan yang terdiri…

Read More

Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar

BANGKOK 3 Okt. – Kementerian Pendidikan Thailand menyasarkan untuk menyuntik 5.4 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun menggunakan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech mulai esok. Langkah itu adalah susulan rancangan membuka semula institusi pendidikan pada bulan depan. Tinjauan Kementerian Pendidikan mendapati sekurang-kurangnya 3.68 juta pelajar sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan vaksinasi dan sekurang-kurangnya 85 peratus guru dan staf harus menerima dos lengkap sebelum sesi persekolahan bermula. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand baru-baru ini meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dan Jabatan Kawalan Penyakit memberi jaminan bekalan…

Read More

5,000 kes harian minggu depan

SINGAPURA 3 Okt. – Bilangan kes harian Covid-19 di Singapura dijangka meningkat kepada lebih 5,000 kes pada minggu hadapan dengan jumlah kes dalam masyarakat sekarang ini naik seganda setiap 10 hari. Pengerusi bersama jawatankuasa bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19, Gan Kim Yong berkata, bergantung kepada peningkatan kadar jangkitan itu, kes harian di Singapura mungkin meningkat kepada lebih 5,000 minggu depan. “Sungguhpun demikian, sebahagian besar dijangka tidak akan menunjukkan gejala atau mengalami gejala ringan dan boleh sembuh dengan pantas di rumah,” katanya. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan medianya berkata, walaupun jumlah kes…

Read More