13,273 kes baharu Filipina

MANILA 3 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 13,273 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,593,399.

Setakat pukul 8.30 malam ini, DoH juga merekodkan 112 lagi individu meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 38,768 kematian.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 45,249 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 2,442,623 orang pulih atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu kes aktif adalah 112,008 berbanding 144,061 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment