Selangor catat 1,000 kes harian

PUTRAJAYA: Selepas lebih dua bulan merekodkan lima digit jangkitan Covid-19, Malaysia kembali mencatat angka harian bawah 10,000 apabila 9,066 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Pada masa yang sama, hanya dua negeri merekodkan empat digit manakala Selangor yang sering mencatatkan jumlah tertinggi merekodkan 1,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi  ringkasan data harian melalui media sosial turut memaklumkan, jumlah kumulatif negara kini mencecah 2,277,565 kes.

Dua negeri yang mencatat empat digit jangkitan baharu, iaitu Sarawak dengan 1,418 kes dan Selangor (1,000), manakala Labuan merekodkan angka sifar, hari ini.

Johor mencatat 981 kes baharu; Terengganu (827); Kelantan (796); Sabah (767); Kedah (670); Perak (669); Pahang (630); Pulau Pinang (620); Melaka (206); Kuala Lumpur (201); dan Negeri Sembilan (191).

Related posts

Leave a Comment