Singapura lepasi 100,000 kes

SINGAPURA 3 Okt. – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura mencecah 100,000 kes semalam apabila 2,356 lagi kes baharu direkodkan setakat 12 tengah hari semalam yang membawa kepada 101,786 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), empat lagi kematian akibat komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan 107 orang.

Keempat-empat kes adalah rakyat Singapura yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki yang berusia antara 55 dengan 80 tahun, kesemuanya tidak divaksin dan mengalami pelbagai masalah kesihatan .

Dalam kalangan kes baharu itu, 2,350 adalah kes-kes jangkitan tempatan yang terdiri daripada 1,938 kes dalam masyarakat dan 412 merupakan penghuni asrama pekerja.

Daripada jumlah kes itu, 513 adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas,

MoH dalam kenyataannya berkata, enam kes import dengan lima dikesan sebaik tiba di Singapura dan seorang lagi sewaktu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau semasa tempoh pengasingan.

Terdapat 1,422 pesakit yang dirawat di hospital, dengan sebahagian besar sedang beransur pulih dan di bawah pemantauan.

Daripada jumlah tersebut adalah 243 kes sakit teruk (233 daripadanya berusia 60 tahun keatas) yang memerlukan sokongan oksigen dan 31 dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Sepanjang 28 hari yang lalu, peratusan kes tempatan yang tidak menunjukkan gejala atau mengalami simptom ringan adalah 98.2 peratus.

Dalam tempoh itu juga 504 kes memerlukan sokongan oksigen dan 53 dirawat di ICU dan daripada jumlah tersebut, 50.6 peratus sudah lengkap divaksin dan 49.4 peratus belum lengkap divaksin atau belum divaksin sama sekali.  

Related posts

Leave a Comment