Penurunan kes di Thailand

BANGKOK 3 Okt. – Thailand merekodkan penurunan kes dan kematian hari ini apabila merekodkan 10,828 kes dan 77 individu meninggal dunia berbanding semalam 13,127 kes dan 87 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 10,724 kes dalam kalangan orang awam termasuk 14 kes import manakala 104 dalam kalangan banduan.

Kes kematian hari ini adalah yang kedua di bawah 100 kes sejak 26 Julai lalu selepas pertama kali merekodkan 87 kematian semalam.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan, Bangkok mencatatkan 20 kematian dan 1,211 kes.

Walaupun jumlah kes merosot sejak dua hari lalu, jangkitan kes di selatan masih tinggi dengan Yala merekodkan 783 kes, Narathiwat 442 dan Pattani 412.

Negara turut melaporkan kes import iaitu lapan dari Kemboja dan masing-masing satu dari Myanmar, Malaysia, Itali , Perancis dan Qatar.

Setakat Sabtu, 112,251 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 3,074 pesakit kritikal dan 712 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Setakat semalam juga 11,894 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 1,508,167 orang.

Related posts

Leave a Comment