PKPB Sandakan, Papar, Tuaran

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Oktober ini susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini diambil bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut, serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Pergerakan keluar masuk di keempat-empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu, termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

Sementara itu SABAH mencatatkan 282 kes Covid-19 hari ini, 7 Oktober. Berikut perincian kes penularan itu.

o 182 kes saringan komuniti;

o 71 kes saringan bergejala;

o 22 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o 2 kes daripada Kluster Laut;

o 2 kes saringan kemasukan ke hospital; dan

o 1 kes saringan rujukan ke hospital;

o 1 kes saringan pra pembedahan; dan

o 1 kes saringan tahanan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dan akan dilaksanakan di daerah negeri Sabah yang berada di zon merah.

Related posts

Leave a Comment