Selangor catat peningkatan semula kes

PUTRAJAYA 30 Sept. – Selangor menunjukkan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 1,940 kes berbanding 1,362 semalam sementara Sarawak terus mendahului negeri-negeri lain mencatatkan kes harian tertinggi.

Secara keseluruhan kes jangkitan baharu yang direkodkan seluruh negara adalah sebanyak 12,735, meningkat sedikit daripada 12,434 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan mencecah 2,245,695 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain Sarawak dan Selangor merekodkan kes empat angka, tiga negeri lain adalah Johor (1,241), Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).

Sabah merekodkan 993 kes diikuti Perak (913), Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697), Kuala Lumpur (258), Melaka (194), Negeri Sembilan (132), Perlis (97), Putrajaya (28) dan Labuan (satu).

Sementara itu daripada 12,718 kes tempatan, sebanyak 11,842 adalah warganegara (93.1%) dan 876 bukan warganegara (6.9%) manakala 17 kes import pula melibatkan sembilan warganegara dan lapan bukan warganegara.

Sebanyak 17,725 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif pulih meningkat kepada 2,054,824 kes.

Daripada 12,735 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 220 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 12,515 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 924 kes (849 kes Covid-19; 75 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);

Sebanyak 15 kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 5,477 kluster; di mana 4,389 telah tamat, dan 1,088 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment