14,286 kes baharu di Filipina

MANILA 30 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 14,286 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,549,966, Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 8,268 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 2,373,378 atau 93.1 Kes mereka yang meninggal dunia pula meningkat kepada 38,294 apabila 130 lagi kematian dilaporkan.. Kes aktif pula sebanyak 138,294.

Read More

Kluster sambutan hari lahir di Sabah

KOTA KINABALU 30 Sept. – Satu lagi kluster baharu berkaitan aktiviti masyarakat dikesan di Sabah melibatkan Kluster Long Pasia di Sipitang yang berpunca daripada sambutan majlis hari lahir yang dihadiri penduduk kampung. Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun berkata, setakat ini, 25 daripada 30 individu yang disaring positif Covid-19. Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kecewa atas ketidakpatuhan masyarakat dengan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan yang dikeluarkan kerajaan. “Kluster Long Pasia ini dan Kluster Mokodou di Ranau yang diisytiharkan semalam satu yang mengecewakan…

Read More

Selangor catat peningkatan semula kes

PUTRAJAYA 30 Sept. – Selangor menunjukkan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 1,940 kes berbanding 1,362 semalam sementara Sarawak terus mendahului negeri-negeri lain mencatatkan kes harian tertinggi. Secara keseluruhan kes jangkitan baharu yang direkodkan seluruh negara adalah sebanyak 12,735, meningkat sedikit daripada 12,434 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan mencecah 2,245,695 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain Sarawak dan Selangor merekodkan kes empat angka, tiga negeri lain adalah Johor (1,241), Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033). Sabah merekodkan 993 kes diikuti Perak (913),…

Read More

Penjawat awam wajib ambil vaksin

PUTRAJAYA 30 Sept. – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini. Setakat ini seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan. JPA dalam satu kenyataan mengingatkan kegagalan berbuat demikian, kakitangan berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib. “Sekiranya penjawat awam masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. “Semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993],” kata kenyataan…

Read More

Solat ikut kapasiti masjid, surau

PUTRAJAYA 30 Sept. – Mulai esok 1 Oktober  semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah mengikut kapasiti keluasan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, berkata, kehadiran jemaah dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. Menurutnya, kebenaran itu bagi menjunjung titah perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaras dengan perkembangan terkini Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Katanya, semua masjid…

Read More

Tidak vaksin, tiada gaji cuti sakit

GAZA: Tiada bayaran gaji bagi penjawat awam yang tidak divaksin terhadap Covid-19 apabila mereka mengambil cuti sakit. Menurut Hamas, Kementerian Kesihatan Gaza menerima 768,000 dos vaksin tetapi hanya 140,000 penduduk sudah lengkap divaksin. Berikutan itu, Hamas sedang berusaha melenyapkan keraguan terhadap vaksin di wilayah yang dikepung Israel itu “Langkah undang-undang mesti diambil terhadap pekerja yang tidak mematuhi arahan mengenai vaksinasi,” kata Ketua Pejabat Media Hamas, Salama Maruf. Langkah serupa bagi pekerja perkhidmatan awam yang tidak divaksin sudahpun dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu di petempatan Tebing Barat, sebuah wilayah berasingan yang…

Read More

Buktikan vaksinasi sebelum masuk premis

LOS ANGELES: Bukti vaksinasi Covid-19 untuk memasuki premis dijangka dikuatkuasakan di Los Angeles awal bulan depan. Majlis Perbandaran Los Angeles akan memutuskan usul mewajibkan orang ramai membuktikan status lengkap vaksinasi itu untuk memasuki lebih banyak premis perniagaan dan venue lain. Sekiranya ia diluluskan, peraturan tersebut akan diperluaskan di seluruh Los Angeles berkuat kuasa bulan depan. Di bawah peraturan tersebut, mereka yang layak menerima suntikan vaksin perlu membuktikan mereka sudah lengkap vaksinasi untuk memasuki ruang awam termasuk restoran, bar, kelab malam, gimnasium, muzium, spa dan banyak lagi. Peraturan tersebut meliputi mereka…

Read More

Singapura catat peningkatan kes

SINGAPURA 30 Sept. –  Singapura terus melaporkan pertambahan kes jangkitan baharu Covid-19 apabila merekod 2,268 kes termasuk 10 kes import setakat tengah hari semalam berbanding 2,236 yang direkodkan pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pada masa yang sama, lapan kematian direkodkan melibatkan lima lelaki dan tiga wanita, kesemuanya rakyat Singapura berusia antara 72 dengan 90 tahun. Enam daripada mereka belum divaksin, seorang pula sudah menerima satu suntikan manakala seorang lagi sudah lengkap divaksin. Kesemua mereka menghidap pelbagai masalah kesihatan. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 94,043 orang…

Read More