Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 27 Sept. – Kes sembuh harian mengatasi kes positif Covid-19 di Indonesia hari ini apabila merekodkan 3,771 pesakit sembuh berbanding jumlah kes kes positif pula sebanyak 1,390. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,027,548 orang manakala jumlah kes positif pula 4,209,403. Jumlah kes aktif pula berkurangan sebanyak 2,499 menjadikan 40,270. Sementara kes pesakit meninggal dunia pula adalah 118 orang menjadikan jumlah kumulatif 141,585. Lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat sebanyak 429 orang dan kumulatifnya 684.355, diikuti Sumatera Utara 316 (99.539), Jawa Timur 287…

Read More

59 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Sept. – Arab Saudi merekodkan 59 kes baharu Covid-19, naik sedikit berbanding 44 kes yang direkodkan semalam. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan juga memaklumkan lima lagi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 546,985 manakala kes kematian pula meningkat kepada 8,704 orang. Menurut MoH, sebanyak 78 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 536,028 orang pulih. AlBahah merekodkan kes harian tertinggi, 67.3 peratus daripada keseluruhan kes diikuti Riyadh 66.5 peratus.

Read More

Boleh ‘merayau-rayau’ bulan depan?

PUTRAJAYA 27 Sept. – Boleh ‘merayau-rayau’ ke mana-mana di Malaysia mulai bulan depan? Itu bayangan yang diberi oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang mencadangkan kebenaran merentas negeri pada pertengahan bulan depan, jika kadar pelalian terhadap Covid-19 mencapai 90 peratus penduduk dewasa. Pengerusi MPN, Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu sedang diperhalusi oleh menteri terbabit untuk dibincangkan lagi minggu ini, termasuk membuka semula sempadan negara, yang ditutup sejak Mac tahun lalu. Cadangan itu juga akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat. “Rentas negeri berdasarkan…

Read More

Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 27 Sept. – Selangor terkeluar dari kelompok tiga negeri teratas merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 apabila jumlah kes turun kepada 979 berbanding 1,558 semalam. Selangor berada di belakang Sarawak yang merekodkan 2,723 kes berbanding 2,943 semalam diikuti Johor 1,226 ( 1,455 ) dan Kelantan 983 ( 1,206 ). Berikutan penurunan kes di peringkat negeri, jumlah keseluruhan kes seluruh negara  mencatatkan pengurangan iaitu 10,959 kes berbanding 13,104 semalam. Pulau Pinang merekodkan 793 kes berbanding 955 semalam, Sabah 751 (1,078), Pahang 739 (604),  Perak 713 (994), Terengganu 691 (685), Kedah 660…

Read More

160,000 layak dapat baucar $S100

SINGAPURA 27 Sept. – Kira-kira 160,000 rakyat Singapura akan menerima baucar barang dapur bernilai S$100 bulan depan, bagi membantu mereka menampung perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh ekonomi yang tidak menentu ini. Menurut Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, kumpulan penerima terdiri  daripada mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas pada tahun ini, menetap di flat satu atau dua bilik HDB dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. Tahun lalu, baucar barang dapur bernilai S$300 diagihkan kepada para penerima yang layak. Skim baucar barang dapur itu akan menyediakan bantuan bernilai sekitar S$63…

Read More

Thailand lapor 10,288 kes baharu

BANGKOK 27 Sept. – Thailand merekodkan 10,288 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,571,926 kes. Daripada jumlah itu, 10,161 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk 12 kes import manakala 127 lagi melibatkan banduan. Sebanyak 101 orang lagi dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 16,369 kematian. Semalam, sebanyak 12,494 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif pulih 1,435,401 orang. Sementara itu, Bangkok merekodkan 1,785 kes baharu diikuti Samut Prakan 607, Chonburi 587, Songkla 466, Yala 445, Rayong 355, Pattani 305, Narathiwat 300, Samut…

Read More

4 minggu Singapura perlahankan penularan

MULAI hari ini, 27 September hingga 24 Oktober, Singapura mula melaksanakan langkah-langkah memperlahankan penularan kes Covid-19 berikutan kadar jangkitan yang terus meningkat berlipat ganda sehingga menghampiri 2,000 kes. Beberapa langkah yang diambil sebelum ini dan kemudiannya ditarik balik dilaksanakan semula terutama berkaitan perhimpunan sosial. Untuk rekod, Singapura melonggarkan langkah-langkah keselamatannya kira-kira enam minggu lalu, antara lain membenarkan kumpulan sehingga lima orang menjamu selera di luar. Ketika  itu, jumlah jangkitan harian di bawah 100 kes. Kini, menjamu selera di premis makanan dan minuman (F&B) dikurangkan kepada dua orang sahaja – berbanding…

Read More

Tahap pematuhan SOP faktor kes berubah

KOTA KINABALU 27 Sept. – Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat negeri ini dipercayai menjadi faktor kes harian Covid-19 di Sabah sentiasa berubah serta menunjukkan peningkatan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun, berkata faktor itu dilihat antara sebab kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat semula melebihi 1,000 kes semalam selepas mencatat tiga angka kelmarin. Katanya, ketidakpatuhan terhadap SOP menyebabkan virus Covid-19 mudah merebak dan akhirnya menjangkiti ramai orang sekali gus menyebabkan statistik jangkitan baharu virus berkenaan naik semula secara mendadak. Sabah kembali mencatat peningkatan melepasi…

Read More

19.6 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 27 Sept. – Setakat malam tadi, seramai 19,604,699 individu atau 83.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19. Pada masa yang sama, sebanyak 93.7 peratus atau 21,944,808 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.  Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 28,982 atau 0.9 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.  Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 269,465 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos…

Read More

Hampir 2,000 kes harian Singapura

SINGAPURA 27 Sept. – Jumlah kes harian Covid-19 di Singapura hampir mencecah 2,000 semalam (Ahad) apabila merekodkan 1,939 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 87,892. Ini hari keenam berturut-turut jangkitan baharu yang direkodkan Singapura melebihi 1,000 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat 1,934 jangkitan tempatan, merangkumi 1,536 kes masyarakat dan 398 penghuni asrama pekerja sementara lima lagi kes import. Dalam kalangan kes tempatan, sebanyak 417 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun dan terdapat MoH turut mengumumkan dua lagi kematian disebabkan komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 78 kematian.. Sebanyak 23 kematian…

Read More