59 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Sept. – Arab Saudi merekodkan 59 kes baharu Covid-19, naik sedikit berbanding 44 kes yang direkodkan semalam.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan juga memaklumkan lima lagi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 546,985 manakala kes kematian pula meningkat kepada 8,704 orang.

Menurut MoH, sebanyak 78 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 536,028 orang pulih.

AlBahah merekodkan kes harian tertinggi, 67.3 peratus daripada keseluruhan kes diikuti Riyadh 66.5 peratus.

Related posts

Leave a Comment