Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 27 Sept. – Selangor terkeluar dari kelompok tiga negeri teratas merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 apabila jumlah kes turun kepada 979 berbanding 1,558 semalam.

Selangor berada di belakang Sarawak yang merekodkan 2,723 kes berbanding 2,943 semalam diikuti Johor 1,226 ( 1,455 ) dan Kelantan 983 ( 1,206 ).

Berikutan penurunan kes di peringkat negeri, jumlah keseluruhan kes seluruh negara  mencatatkan pengurangan iaitu 10,959 kes berbanding 13,104 semalam.

Pulau Pinang merekodkan 793 kes berbanding 955 semalam, Sabah 751 (1,078), Pahang 739 (604),  Perak 713 (994), Terengganu 691 (685), Kedah 660 (721), Melaka 346 (362), Kuala Lumpur 176 (270), Negeri Sembilan 110 (165).

Perlis merekodkan 51 kes berbanding 80 semalam dan Putrajaya 18 berbanding 24 semalam manakala tiada kes baharu di Labuan. 

Related posts

Leave a Comment