Hampir 2,000 kes harian Singapura

SINGAPURA 27 Sept. – Jumlah kes harian Covid-19 di Singapura hampir mencecah 2,000 semalam (Ahad) apabila merekodkan 1,939 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 87,892.

Ini hari keenam berturut-turut jangkitan baharu yang direkodkan Singapura melebihi 1,000 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat 1,934 jangkitan tempatan, merangkumi 1,536 kes masyarakat dan 398 penghuni asrama pekerja sementara lima lagi kes import.

Dalam kalangan kes tempatan, sebanyak 417 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun dan terdapat

MoH turut mengumumkan dua lagi kematian disebabkan komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 78 kematian..

Sebanyak 23 kematian dicatatkan pada September setakat ini, iaitu satu rekod bulanan baharu .

Kes pertama melibatkan wanita Singapura 97 tahun, yang disahkan positif Covid-19 pada 18 Sept. dan meninggal pada Sabtu. Wanita ini  tidak divaksin dan mempunyai sejarah kandungan lemak dalam darah.

Kes kedua pula adalah wanita Singapura berusia 69 tahun yang disahkan positif pada Jumaat, meninggal dunia pada hari yang sama.

Beliau juga tidak divaksin dan mempunyai sejarah tekanan darah tinggi.

Terdapat 1,203 pesakit Covid-19 di hospital dan kebanyakan mereka dalam keadaan baik dan sedang dipantau.

Terdapat 172 kes yang berpenyakit serius dan memerlukan bantuan oksigen dengan 30 kes dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang teruk sakit adalah 168 pesakit berusia lebih 60 tahun. 

Sementara itu, Pusat Borong Pasir Panjang (PPWC) ditutup mulai hari ini hingga Rabu untuk kerja-kerja pembersihan dan nyah jangkitan selepas kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerja dan pengunjung.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), sekitar 30 hingga 50 peratus import buah dan sayur diuruskan di PPWC dan gangguan bekalan ini hanya sementara kerana gerai buah dan sayur di pasar basah lazimnya ditutup setiap Isnin.

SFA sedang bekerja rapat bersama pihak berkepentingan, seperti persatuan buah-buahan dan sayur-sayuran, peniaga yang terjejas, serta pengimport dan peruncit, untuk mengurangkan kesan terhadap bekalan makanan sementara penutupan PPWC.

Pasar raya utama juga berusaha untuk meningkatkan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Related posts

Leave a Comment