19.6 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 27 Sept. – Setakat malam tadi, seramai 19,604,699 individu atau 83.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pada masa yang sama, sebanyak 93.7 peratus atau 21,944,808 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. 

Berdasarkan portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 28,982 atau 0.9 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam. 

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 269,465 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 41,457,628.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment