160,000 layak dapat baucar $S100

SINGAPURA 27 Sept. – Kira-kira 160,000 rakyat Singapura akan menerima baucar barang dapur bernilai S$100 bulan depan, bagi membantu mereka menampung perbelanjaan keluarga sepanjang tempoh ekonomi yang tidak menentu ini.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, kumpulan penerima terdiri  daripada mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas pada tahun ini, menetap di flat satu atau dua bilik HDB dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

Tahun lalu, baucar barang dapur bernilai S$300 diagihkan kepada para penerima yang layak. Skim baucar barang dapur itu akan menyediakan bantuan bernilai sekitar S$63 juta secara keseluruhannya kepada mereka yang layak menerimanya.

Baucar-baucar 2021 dengan tarikh sah sehingga 31 Disember 2022 akan dihantar melalui surat berdaftar mulai 2 Oktober.

Sekiranya tiada orang di rumah untuk menerima baucar itu, penghantaran kedua akan dibuat pada minggu seterusnya antara Isnin hingga Jumaat tetapi tidak termasuk cuti umum.

Jika penghantaran kedua gagal, penghantar akan meninggalkan kad pemberitahuan ddi depan pintu untuk para penerima mengambil baucar   di pejabat pos yang ditetapkan dalam tempoh 10 hari.

Related posts

Leave a Comment