Kes harian di Filipina 17,411 kes

MANILA 23 Sept. – Jumlah kes sembuh di Filipina meningkat kepada 2,231,558 orang  atau 91.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang kini sebanyak 2,434,753 kes sejak pandemik dilaporkan. Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan sebanyak 17,411 kes baharu direkodkan manakala 14,090 orang pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Menurut DoH, jumlah kematian pula meningkat kepada 37,405 orang apabila 177 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Setakat ini terdapat 165,790 kes aktif, meningkat sedikit berbanding 162,580 kes yang direkodkan semalam.

Read More

Kes harian turun, Selangor mendahului

PUTRAJAYA 23 Sept. – Selangor mendahului kes jangkitan Covid-19 dengan angka lebih rendah, iaitu 1,985 berbanding 2,414 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan negara sebanyak 13,754 berbanding 14,990 semalam. Tiada negeri melepasi 2,000 kes hari ini tetapi masih ada peningkatan kes berbanding angka yang direkodkan semalam. Johor merekodkan 1,913 meningkat sedikit berbanding 1,880 semalam, Sarawak 1,766 juga meningkat berbanding 1,712 dan Sabah 1,629 berbanding 1,199 manakala Kelantan 1,264 (1,573) dan Pulau Pinang 1,052 (1,224). Empat negeri melepasi angka 500 di mana Pahang menunjukkan peningkatan iaitu  869 kes berbanding 688…

Read More

BID tidak dapat penjagaan

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Sebanyak 86 peratus daripada keseluruhan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) setakat Ogos lalu didapati tidak mendapat jagaan daripada penyedia perkhidmatan kesihatan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya prihatin dengan pola laporan BID yang setakat Ogos lalu membabitkan 2,417 kes. Katanya, penelitian mengikut pecahan daripada perangkaan keseluruhan itu pula mendapati hanya 217 atau 14 peratus mendapat jagaan kesihatan, sama ada oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau pengamal perubatan (GP) swasta sepanjang menjalani kuarantin di rumah. “Paling ketara ialah apabila 2,200 kes BID atau 86…

Read More

Boleh ke masjid tanpa vaksin

KUANTAN 23 Sept. – Kerajaan Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin menunaikan solat Jumaat dan fardu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu, berkuat kuasa semalam. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata kebenaran itu meliputi masjid negeri, masjid daerah, masjid kariah dan surau kebenaran solat Jumaat. Katanya, kehadiran jemaah mengikut keluasan kapasiti masjid atau surau dan tertakluk kepada kemampuan serta kawalan. “SOP baharu ini berkuat kuasa semalam, manakala SOP lengkap kepada semua pentadbir masjid dan surau di Pahang akan disediakan…

Read More

Singapura catat kes harian tertinggi

SINGAPURA 23 Sept. – Sebanyak 1,453 kes Covid-19 tempatan dan empat kes import dilaporkan di Singapura setakat tengah hari semalam (Rabu, 22 Sept), jumlah tertinggi dicatatkan negara itu sejak pandemik bermula awal tahun lalu. Jumlah itu mengatasi keseluruhan jangkitan yang dicatat pada 20 April tahun lalu, apabila 1,426 kes dilaporkan, kebanyakannya melibatkan pekerja asing di asrama. Semalam, kes baharu jangkitan tempatan termasuk 176 melibatkan penghuni asrama pekerja . Pada masa yang sama tiga kes kematian berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia di Singapura mencecah…

Read More

Kadar jangkitan remaja tinggi

LONDON: Kadar jangkitan Covid-19 adalah tertinggi dalam kalangan remaja berusia antara 12 hingga 15 tahun dan hampir kesemua kanak-kanak yang belum divaksin akhirnya akan terjangkit, kata Ketua Pegawai Perubatan England Chris Whitty. “Hakikatnya terdapat jangkitan ketara yang berlaku dalam kalangan golongan usia ini. Malah, kumpulan usia yang kita sebutkan ini adalah kadar penularan jangkitan tertinggi yang sedang berlaku,” katanya. Justeru semua remaja  dalam lingkungan usia 12 hingga 15 tahun di England akan ditawarkan vaksin Covid-19. Britain melaporkan 34,460 kes baru Covid-19 pada Rabu, dengan kadar purata lebih 20,000 kes baru…

Read More

AS beli 500 juta dos vaksin

AMERIKA Syarikat (AS) dilaporkan memberi komitmen untuk menggandakan pembelian vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk dikongsi dengan dunia. Dalam sidang berkenaan vaksin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Presiden Joe Biden menyokong cadangan untuk memvaksin 70 peratus penduduk dunia. Beliau dalam masa yang sama turut menggesa negara kaya lain untuk meningkatkan sumbangan vaksin kepada negara membangun dan pendapatan rendah. Dengan komitmen ini AS akan membeli 500 juta dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech untuk meningkatkan sumbangan vaksin kepada lebih 1.1 bilion dos sehingga 2022. Sehingga ini 160 juta dos yang diberikan AS telah…

Read More

Malaysia catat 487 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 23 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 487 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam Rabu menjadikan  jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu meningkat kepada 24,565 kes. Menurut data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan, sejumlah 161 daripada jumlah kes kematian harian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Sementara kematian sebenar purata tujuh hari direkodkan pada kadar 106 kes. Antara lain, data tersebut turut menunjukkan kes aktif…

Read More

Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 23 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan penurunan kepada 0.92 semalam selepas dua hari berturut-turut merekodkan peningkatan iaitu 0.95 pada Rabu dan hari sebelumnya. Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Pahang dengan merekodkan kadar tertinggi 1.03. Ini diikuti Perak 1.03, Perlis 1.01, Terengganu 1.01, Sarawak 1.00, Kelantan 1.00, Johor 0.99 dan Putrajaya 0.97. Pulau Pinang menyamai kadar purata kebangsaan sementara enam lagi negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.89, Melaka 0.89, Kedah 0.88, Selangor 0.88, Negeri Sembilan 0.86 dan Kuala…

Read More