Kes harian di Filipina 17,411 kes

MANILA 23 Sept. – Jumlah kes sembuh di Filipina meningkat kepada 2,231,558 orang  atau 91.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang kini sebanyak 2,434,753 kes sejak pandemik dilaporkan.

Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan sebanyak 17,411 kes baharu direkodkan manakala 14,090 orang pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Menurut DoH, jumlah kematian pula meningkat kepada 37,405 orang apabila 177 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Setakat ini terdapat 165,790 kes aktif, meningkat sedikit berbanding 162,580 kes yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment