Kes harian turun, Selangor mendahului

PUTRAJAYA 23 Sept. – Selangor mendahului kes jangkitan Covid-19 dengan angka lebih rendah, iaitu 1,985 berbanding 2,414 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan negara sebanyak 13,754 berbanding 14,990 semalam.

Tiada negeri melepasi 2,000 kes hari ini tetapi masih ada peningkatan kes berbanding angka yang direkodkan semalam.

Johor merekodkan 1,913 meningkat sedikit berbanding 1,880 semalam, Sarawak 1,766 juga meningkat berbanding 1,712 dan Sabah 1,629 berbanding 1,199 manakala Kelantan 1,264 (1,573) dan Pulau Pinang 1,052 (1,224).

Empat negeri melepasi angka 500 di mana Pahang menunjukkan peningkatan iaitu  869 kes berbanding 688 semalam sementara yang lain turun berbanding semalam iaitu Perak 844 (1,490), Kedah 783 (1,007) dan Terengganu 664 (852).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 383 kes berbanding 338 semalam, Melaka 292 (313), Negeri Sembilan 175 (170), Perlis 113 (97), Wilayah Persekutuan Putrajaya 14 (30) dan Wilayah Persekutuan Labuan lapan kes berbanding tiga semalam.

Related posts

Leave a Comment