BID tidak dapat penjagaan

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Sebanyak 86 peratus daripada keseluruhan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) setakat Ogos lalu didapati tidak mendapat jagaan daripada penyedia perkhidmatan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya prihatin dengan pola laporan BID yang setakat Ogos lalu membabitkan 2,417 kes.

Katanya, penelitian mengikut pecahan daripada perangkaan keseluruhan itu pula mendapati hanya 217 atau 14 peratus mendapat jagaan kesihatan, sama ada oleh Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau pengamal perubatan (GP) swasta sepanjang menjalani kuarantin di rumah.

“Paling ketara ialah apabila 2,200 kes BID atau 86 peratus didapati tidak mendapat sebarang jagaan daripada penyedia perkhidmatan kesihatan CAC atau GP.

Justeru, saya minta kementerian teliti kenapa golongan ini tidak berada di bawah jagaan perkhidmatan kesihatan, sama ada mereka tidak mengalami sebarang gejala, hipoxia, sehingga tahap kesihatan merosot dalam tempoh 48 jam.

“Ini membuatkan mereka tidak sempat dihantar ke hospital kerana memang kita dapati, kemerosotan kesihatan berlaku secara tiba-tiba.

Kita cuma inginkan rakyat yakin dengan kuarantin di rumah, dengan segala kelengkapan dan pemantauan dibuat secara rapi supaya setiap perkembangan diambil kira,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya, di Dewan Rakyat, hari ini.

Related posts

Leave a Comment