Selangor kembali mendahului kes

PUTRAJAYA 22 Sept. – Selangor kembali mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 2,414 berbanding 1,934 semalam mengatasi Sarawak yang berada di kedudukan teratas untuk beberapa hari sebelum ini.

Sarawak merekodkan 1,712 berbanding 3,732 semalam, di tempat ketiga di belakang Johor yang merekodkan 1,880 berbanding 1,959 semalam.

Lapan negeri merekodkan angka jangkitan empat digit yang membawa kepada jumlah kes harian seluruh negara sebanyak 14,990 berbanding 15,759 semalam dengan jumlah keseluruhan pula 2,142,924.

Kelantan merekodkan 1,573 kes, meningkat sedikit berbanding 1,338 semalam, Perak  juga menunjukkan peningkatan 1,490 (1,184), Pulau Pinang 1,224 (1,417), Sabah 1,199 (1,291), dan Kedah 1,007 (786).

Terengganu juga menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 852 kes berbanding 592 semalam ,menjadikan jumlah kumulatif yang dicatatkan negeri itu sebanyak 50,188.

Ini diikuti Pahang 688 (707), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 338 (359), Melaka 313 (264), Negeri Sembilan 170 (127), Perlis 97 (23), Wilayah Persekutuan Putrajaya 30 (34) dan Wilayah Persekutuan Labuan tiga kes berbanding 12 kes semalam.

Related posts

Leave a Comment