Arab Saudi catat 54 kes harian

RIYADH 23 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 terus merekodkan penurunan setelah hanya 54 kes direkodkan semalam Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak tujuh lagi kematian direkodkan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 546,735 kes dan 8,679 kematian Sebanyak 61 orang dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 535,711. Riyadh merekodkan 13 kes diikuti Makkah 11 kes. Sebanyak 2,345 kes aktif dilaporkan dan 303 daripada mereka dalam keadaan kritikal ,

Read More

Sultan Selangor dukacita, kecewa

SHAH ALAM 23 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan dukacita dan kecewa apabila dimaklumkan hanya 203 daripada 873 orang menghadiri program vaksinasi khas Covid-19 Frontliner Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini. Mereka terdiri daripada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan jurunikah. Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Selangor Royal Office hari ini, lebih mendukacitakan baginda apabila 96 daripada 203 yang hadir menolak untuk divaksin. Justeru, baginda bertitah, nama individu yang memutuskan untuk tidak divaksin akan diteliti dan satu ketetapan…

Read More

201 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 22 Sept. – Dua lagi kematian direkodkan di Brunei Darussalam hari ini, bagaimanapun tidak dikategorikan sebagai kematian akibat Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Kes melibatkan dua lelaki berusia 68 dan 58 tahun, kedua-duanya mengalami beberapa masalah kesihatan. Pada masa yang sama, sebanyak 201 kes baharu Covid-19 direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 5,586. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, Dr Md Isham berkata, kes kematian melibatkan dua lelaki berusia 68 dan 58 tahun. Katanya, terdapat 79 kes tambahan bagi 17 kluster…

Read More

Tiga negeri beralih fasa 24 Sept.

PUTRAJAYA 22 Sept. – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Negeri Sembilan, Pahang dan Johor, berkuat kuasa 24 September ini. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan, berkata Negeri Sembilan beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, manakala Pahang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2. Dalam kenyataannya, beliau berkata, peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan…

Read More

Rentas negeri selepas 90% vaksinasi

PUTRAJAYA 22 Sept. – Rakyat dibenarkan merentas negeri dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini, berkata perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya hari ini. Selain itu, beliau memaklumkan, kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan apabila mencapai kadar vaksinasi berkenaan. “Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai…

Read More

Selangor kembali mendahului kes

PUTRAJAYA 22 Sept. – Selangor kembali mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 2,414 berbanding 1,934 semalam mengatasi Sarawak yang berada di kedudukan teratas untuk beberapa hari sebelum ini. Sarawak merekodkan 1,712 berbanding 3,732 semalam, di tempat ketiga di belakang Johor yang merekodkan 1,880 berbanding 1,959 semalam. Lapan negeri merekodkan angka jangkitan empat digit yang membawa kepada jumlah kes harian seluruh negara sebanyak 14,990 berbanding 15,759 semalam dengan jumlah keseluruhan pula 2,142,924. Kelantan merekodkan 1,573 kes, meningkat sedikit berbanding 1,338 semalam, Perak  juga menunjukkan peningkatan 1,490 (1,184), Pulau Pinang…

Read More

15,592 kes harian di Filipina

MANILA 22 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 15,592 kes harian Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,417,419. Sehingga pukul 5 petang, DoH juga merekodkan 154 orang meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 37,228 kematian. Pada masa yang sama, sebanyak 24,059 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,217,611 pulih atau 91.7 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula turun kepada 162,580 berbanding 171,142 yang dilaporkan semalam.

Read More

Thailand catat 11,252 kes baharu

BANGKOK 22 Sept. – Thailand merekodkan 11,252 kes jangkitan baharu Covid-19 dan 141 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 1,511,357 kes dan 15,753 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 11,224 kes melibatkan penduduk awam, 28 dalam kalangan banduan dan 17 kes import. Jumlah kes harian menunjukkan peningkatan berbanding 10,919 yang direkodkan semalam. Pada Selasa, sebanyak 13,695 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 1,366,533 orang. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 dan 99 tahun termasuk warga Myanmar. Bangkok terus merekodkan kematian…

Read More

80.2 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 22 Sept. – Seramai 18,766,340 individu atau 80.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat semalam juga, sebanyak 93.2 peratus atau 21,813,163 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 261,255 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 123,414 dos pertama dan 137,841 dos lengkap. Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,925,929 dos.

Read More

28 juta pengguna media sosial Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Mohammad Mentek. Pandemik COVID-19 telah membawa amalan baharu secara dalam talian dalam kehidupan dan aktiviti masyakarat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini. Katanya, statistik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna meningkat sebanyak dua juta atau tujuh peratus dalam tempoh setahun dari tahun 2020. Menurutnya peningkatan penggunaan…

Read More