15,592 kes harian di Filipina

MANILA 22 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 15,592 kes harian Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,417,419.

Sehingga pukul 5 petang, DoH juga merekodkan 154 orang meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 37,228 kematian.

Pada masa yang sama, sebanyak 24,059 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,217,611 pulih atau 91.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula turun kepada 162,580 berbanding 171,142 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment