Thailand rancang buka sempadan

BANGKOK 13 Sept. – Thailand yang merekodkan 12,583 kes jangkitan Covid-19 hari ini merancang membuka semula Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai. Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata, cadangan pembukaan semula pada bulan depan (Oktober ) itu adalah bagi menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik. Dalam taklimat harian Covid-19 hari ini, beliau berkata, pembukaan semula itu adalah bagi pengunjung yang lengkap vaksin Pada masa yang sama sebagai persediaan untuk membuka semula pintu sempadan kepada pellancong, Thailand merancang sekurang-kurangnya 50…

Read More

Filipina catat 20,745 kes baharu

MANILA 13 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 20,745 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,248,071. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan jumlah kematian meningkat kepada 35,307 orang selepas 163 lagi meninggal dunia. Sementara itu kes sembuh juga menunjukkan peningkatan selepas 22,290 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan 2,032,471 orang atau 90.4 peratus. Kes aktif pula sebanyak 180,293 atau 8.0 peratus.

Read More

Brunei Darussalam rekod 160 kes

BERAKAS 13 Sept. – Dua lagi pesakit meninggal dunia hari ini dengan 160 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,323 kes dan   18 kematian di Brunei Darussalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 77 tahun yang mengalami masalah jangkitan darah dan tidak dikategorikan sebagai kematian Covid-19 manakala kes kedua seorang wanita, 42 yang mengalami masalah paru-paru. Menurut Dr. Md Isham, empat kluster baharu dikesan iaitu Kluster 4109 yang merekodkan enam kes, Kluster 2540 sebanyak 12 kes, Kluster 4120 sembilan kes…

Read More

233 kes kategori 3,4,5

PUTRAJAYA 13 Sept. – Sebanyak 233 kes atau 1.5 peratus daripada keseluruhan 16,703 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan terdiri daripada kategori 3, 4, dan 5, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kenyataan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, baki 15,840 kes lagi (98.5 peratus) pula merupakan kategori 1 dan 2. Selain itu, beliau berkata, 24,813 kes telah sembuh sepenuhnya menjadikan peratusan meningkat kepada 87.5 peratus. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,312 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 967 kes disahkan Covid-19,…

Read More

Delta varian dominan Sarawak

KUCHING 13 Sept. – Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengesahkan varian Delta menjadi varian dominan yang menjangkiti pesakit Covid-19 di Sarawak. Pengarah IHCM, Prof Dr David Perera, berkata pada 31 Ogos lalu, sejumlah 303 varian yang membimbangkan (VOC) tambahan dikesan daripada 307 kes positif. Beliau berkata, semua VOC itu adalah varian Delta (B.1.617.2), dengan keseluruhan yang dikesan pada kadar 99 peratus dan ia mewakili peningkatan daripada 82 peratus yang dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu. Katanya, data hasil penjujukan genom pada varian SARS-COV 2…

Read More

Sarawak teratas, Selangor ketiga

PUTRAJAYA 13 Sept. – Sarawak terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jangkitan harian baharu Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 3,352 kes. Bagaimanapun, jumlah kes harian baharu seluruh negara pada hari ini jatuh kepada 16,073 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,995,771 kes. Johor merupakan negeri kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,030 kes, diikuti Selangor (1,947) dan Sabah (1,649). Selain itu, negeri yang mencatatkan kes melebihi 1,000 ialah Pulau Pinang (1,243), Kedah, (1,191), Kelantan (1,070) dan Perak (1,011). Lain-lain negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 398, Negeri Sembilan 156, Melaka 206, Pahang 878, Terengganu 704,…

Read More

Titah Seri Paduka di Parlimen

SEGALA pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Yang Berkuasa memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan menghina sesiapa yang dikehendaki. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga serta para sahabat Baginda. 1. Alhamdulillah, bersyukur Beta ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan kekuasaan-Nya jua telah mengizinkan berlangsungnya Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-14 pada hari yang penuh bermakna ini. 2. Istiadat pada pagi yang mulia ini berlangsung dalam suasana negara masih lagi berhadapan dengan pandemik COVID-19. Namun,…

Read More

Ingatan, nasihat Seri Paduka

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat supaya jangan cepat leka dan berpuas hati dengan pencapaian program vaksinasi negara ketika ini. Baginda bertitah, usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 terutamanya dengan kemunculan varian baharu . “Kerajaan hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan harian Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera. Menyedari hakikat itu, strategi ‘whole of society effort’ perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang berkesan. “Beta mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memperkasa ‘Agenda Nasional Malaysia Sihat’ dalam mendidik Keluarga…

Read More

Dunia suntik lebih 5.65 bilion dos vaksin

LEBIH 5.65 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad, demikian menurut data Johns Hopkins University. China mendahului dengan lebih 2.13 bilion dos diikuti India sebanyak 738 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 378 juta dos. Brazil mencatatkan lebih 208 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 141 juta dan 103 juta dos manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 112 juta diikuti Thailand dan Malaysia dengan lebih 38 juta…

Read More

517 kes jangkitan di Singapura

SINGAPURA 13 Sept. – Singapura melaporkan 517 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negeri dan tiga kes import dalam tempoh 24 jam setakat pukul 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 71,682 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada jumlah itu, sebanyak 454 kes dalam masyarakat dan 63 penghuni asrama pekerja asing di mana 137 kes adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas. Jumlah kes jangkitan semalam adalah lebih rendah berbanding 550 yang dicatatkan pada hari sebelumnya. Pada masa yang sama satu kluster baharu direkodkan dengan 28 kes di bangunan Pusat…

Read More