Dunia suntik lebih 5.65 bilion dos vaksin

LEBIH 5.65 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 2.13 bilion dos diikuti India sebanyak 738 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 378 juta dos.

Brazil mencatatkan lebih 208 juta dos dan Jepun serta Jerman masing-masing 141 juta dan 103 juta dos manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 112 juta diikuti Thailand dan Malaysia dengan lebih 38 juta dan Filipina  lebih 37 juta dos.

Singapura dengan 8.97 juta dos vaksin.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan setakat Sabtu, 81 peratus penduduk sudah lengkap menjalani rejimen penuh vaksinasi atau menerima dua dos vaksin Covid-19. Manakala 84 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lebih 8.85 juta dos vaksin Covid-19 diberikan di bawah program vaksinasi negara, meliputi sekitar 4.55 juta orang, termasuk 4.42 juta yang sudah selesai kedua-dua suntikan dos vaksin.

Sebanyak 176,820 dos vaksin lain yang diiktiraf oleh senarai kegunaan darurat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga diberikan kepada 86,597 orang.

Related posts

Leave a Comment