Ingatan, nasihat Seri Paduka

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat supaya jangan cepat leka dan berpuas hati dengan pencapaian program vaksinasi negara ketika ini.

Baginda bertitah, usaha hendaklah diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 terutamanya dengan kemunculan varian baharu .

“Kerajaan hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan harian Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera. Menyedari hakikat itu, strategi ‘whole of society effort’ perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang berkesan.

“Beta mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memperkasa ‘Agenda Nasional Malaysia Sihat’ dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini,” titahnya pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Baginda juga menasihatkan rakyat sentiasa menjaga kesihatan diri dalam membiasakan diri dan menerima Covid-19 sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Di samping itu baginda turut mengingatkan rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan mengekalkan disiplin diri dengan mematuhi prosedur operasi standard setiap masa.

“Lebih utama rakyat hendaklah menentukan diri mereka divaksinasi,” titah baginda.

Berikut intipatiย  titah baginda:

๐Ÿ“Œ Al-Sultan Abdullah zahir penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku PM ke-8 & jemaah menteri terajui negara harungi cabaran COVID-19

๐Ÿ“Œ Agong ajak Ahli Parlimen, rakyat Malaysia bertafakur, berdoa dan membaca Al-Fatihah bagi memperingati mangsa #COVID19 yang meninggal dunia

๐Ÿ“ŒPelantikan PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaras Perlembagaan Persekutuan selepas mendapat kepercayaan 114 Ahli Parlimen

๐Ÿ“ŒKerajaan dibentuk hendaklah segera lipat ganda usaha perangi COVID-19, bawa negara dan rakyat keluar daripada ancamannya

๐Ÿ“ŒKematangan menerusi kerjasama dwipartisan semua pihak didambakan seluruh rakyat

๐Ÿ“Œ Al-Sultan Abdullah percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awalnya dalam 100 hari pertama

๐Ÿ“ŒNegara pada landasan kukuh tangani COVID-19 menerusi Majlis Pemulihan Negara, PICK dan pakej bantuan kewangan kepada rakyat

๐Ÿ“Œ Agong sambut baik komitmen kerajaan dalam memacu pertumbuhan prestasi ekonomi negara agar lebih lestari, mapan dan berdaya saing

๐Ÿ“Œ Agong nasihati semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah dalam cari penyelesaian kepada apa jua masalah

๐Ÿ“Œ Kerjasama dwipartisan bakal bentuk landskap politik baharu, bawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara

๐Ÿ“ŒKerajaan disaran mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan – Agong

๐Ÿ“Œ Agong seru jangan leka, puas hati di sebalik kejayaan PICK, usaha kekang COVID-19 perlu diteruskan

๐Ÿ“ŒAgong seru kerajaan percepatkan pelaksanaan inisiatif baharu & aktiviti tambah nilai menerusi penggunaan automasi & teknologi untuk memajukan sektor termasuk komoditi

๐Ÿ“Œ Strategi โ€œusaha keseluruhan masyarakat” perlu dipergiat dengan naratif komunikasi yang berkesan

๐Ÿ“ŒKerajaan perlu terus berusaha menurunkan kes harian COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera

๐Ÿ“ŒKerajaan perlu terus berusaha menurunkan kes harian COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera

๐Ÿ“Œ Agong seru kerajaan tumpu sediakan infrastruktur jalur lebar seluruh negara bagi ekosistem digital lebih baik

๐Ÿ“Œ Persekitaran mesra digital pemangkin negara beralih kepada industri teknologi tinggi, beri peluang pekerjaan dan kurangkan buruh asing – Agong

๐Ÿ“Œ Kerajaan perlu tentukan pelan strategik luar bandar dalam RMK12 bagi tingkat taraf hidup masyarakat

Sebelum mengakhiri titah, baginda berpantun sebagai nasihat kepada wakil rakyat

Dari Segamat ke Kota Tinggi,

Hajat mulanya ke Kuala Pahang

Kepada Yang Berhormat ikhlas berbakti,

Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

Kalau memandang langit yang tinggi,

Jangan dilupa rumput di bawah;

Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati;

Martabatkan negara kembali bermaruah.

Rempah halia digaul diuli,

Buat ramuan nasi kebuli;

Sumpah setia ketaatan diberi,

Pertahankan negara dan ibu pertiwi.

Related posts

Leave a Comment