Sarawak teratas, Selangor ketiga

PUTRAJAYA 13 Sept. – Sarawak terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jangkitan harian baharu Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 3,352 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes harian baharu seluruh negara pada hari ini jatuh kepada 16,073 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,995,771 kes.

Johor merupakan negeri kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,030 kes, diikuti Selangor (1,947) dan Sabah (1,649).

Selain itu, negeri yang mencatatkan kes melebihi 1,000 ialah Pulau Pinang (1,243), Kedah, (1,191), Kelantan (1,070) dan Perak (1,011).

Lain-lain negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 398, Negeri Sembilan 156, Melaka 206, Pahang 878, Terengganu 704, Wilayah Persekutuan Labuan 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 dan Perlis 41.

Mengenai status vaksinasi pula, sehingga 12 malam Ahad, 65.4 peratus populasi keseluruhan telah menerima satu dos vaksin dan 52.6 peratus populasi keseluruhan telah lengkap dua dos.

Selain itu, 91.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima satu dos vaksin, manakala 73.4 peratus telah lengkap dua dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment